Thursday 30 June 2011

Kenapa dengan Fakhry ?

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Kenapa dengan Fakhry ?
Ermm , ok memang pelik ,
aku pun tak tau kenapa , tapi benda ni tiba-tiba jadi kat aku .
Mungkin tak pelik bagi korang , tapi agak pelik bagi aku .
Tadi bapak aku balik , pastu dia check dia punya pocket fon takde .
dia bagi la kunci kereta kat aku suruh aku turun . Cehh pemalas .
Pastu aku pun turun lah tangga .
Pastu aku rasa lain macam la kan ,
maklum la tengah malam ,
ada saja la setan nak kacau ,
pastu tanpa aku sedar aku tersebut "Sat jumpa hantu TANGGA satg" . SENGAL !

Aku pun tak tau kenapa , sedangkan hantu tu aku tak pernah dengar aku bole tercakap .
SENGAL BABAK 1 la kira tadi .



Ok , lepas dah ambik tu ,
aku pun naik la balik tangga tu ,
*PAUSE*
Aku ni kalau dekat luar memang aku nanti cakap 'penang' la kan .
Cuma kalau dalam blog dan FB ni je la aku cakap ala-ala KL untuk bagi semua reader aku faham .
*SAMBUNG*

untuk nak pastikan yang aku tak lupa rumah aku tinggkat berapa ,
aku pun kira la dari satu .
Pastu tiba-tiba aku tercakap "DUE" <-- Gaya KL

"TIGE" , "EMPAT" , "LIME" . Sampai la dekat tingkat rumah aku ,
baru la aku perasan aku TER-cakap KL haha .
Korang rasa pelik tak ? Aku tau jawapannya TAK !
Tapi bagi aku memang PELIK , sebab aku jarang cakap KL .



Itu saja entri SENGAL harini :DD

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Wednesday 29 June 2011

Tutorial : Centerkan Header !

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Harini aku sungguh bosan , so aku rasa nak buat sikit tutorial lah untuk korang .
Tutorial centerkan header .
Jom try !


Mula-mula pergi ke Dashboard --> Design --> Edit HTML .
Pastu cari kode ni --> #outer-wrapper {
kalau tak nak mata tuh sakit sebab nak cari benda ni saja ,
gunakan "Application" TERBARU iaitu Ctrl+F <-- baru la sangat .
dapat tak ?

Kalau dapat tu alhamdulillah .
Dan kepada yang tak dapat , jangan risau ,
dalam entri ni yang last skali akan aku tunjukkan cara lain . Adil kan ? :)


Ok , lepas dah dapat kode #outer-wrapper { tuh ,
korang akan jumpa perkataan width kan ?
Contoh : 
#outer-wrapper {
background:#FFFFFF;
width: 943px;


ini outer-wrapper aku lahh . width utk banner aku 943px saiz dia .
lepas jumpa tu cari ni pulak --> #header-wrapper {


pastikan width dekat header dengan outer wrapper tu sama .
so automatik dia akan di centerkan . Heee :D <-- Senyum gatal .
Ada faham ka cik adik manis ? Kalau tak faham komen ye .


Oh , lupa pulak , kepada yang tak dapat search tadi tu . Macam mana ?
Wahh , sebenarnya anda lebih bertuah .
Haha , sebabnya tak payah la nak buat keja susah .
Cuma pergi ke :
Dashboard --> Design --> Template Designer --> Advanced --> Add CSS
dan tampalkan kode ni --> #Header1_headerimg {margin:0 auto;}
Dah siap . ((:


Itu saja tutorial kali ni , xD


P/s Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan ~

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Hargai Follower Pertama .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Ok , harini aku nak cita sikit pasal follower pertama .
Korang ingat lagi tak siapa follower pertama kamu ?
Ermm , kalau aku tanya ni memang confirm la semua nanti check balik list kan ? haha .
Walaupun followers aku tak sampai lg 3-4 digit .
Tapi aku masih lagi ingat siapa follower pertama aku .
Dia laa yang menyebabkan aku terjebak dalam bidang blogging ni .
Follower pertama aku : Mimie ! a.k.a sedara aku :)) .



P/s Thx Mimie !

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Monday 27 June 2011

Jom Tengok Kesilapan Peribahasa .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Harini nak share sikit tentang kesilapan peribahasa ,
ini hanya entri suka-suka dan jangan pulak ada yang gadoh dengan cikgu BM , hehe .
Jom tengok .




Barang yang lepas jangan di kenang = Apa guna belajar sejarah ?
Buang yang keruh , ambil yang jernih = Tamak ! Nak yang elok je .

Bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat = Bukan Obesiti ke ?
Meninggi diri (sombong) = Dah dia tinggi , nak buat macam mana ?
Bermuka dua (tak jujur) = bukan kembar ke ?
Lintah darat (Perniaga yang mengambil keutungan yang tinggi) = Lintah mana jual barang !!
Kalau takut di lambung ombak , jangan berumah di tepi pantai = Ajal maut di tangan tuhan .
Indah khabar dari rupa = tengok kat surat khabar muka lain , tengok depan-depan lain .
Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang kerbau menguak = Apa motifnye ? Bagi je la makan .
Mencari jalan = GPS ada ~ .


Sebenarnya banyak lagi , tapi disebabkan aku tak nak merosakkan lagi BM , aku haruslah berhenti , haha .


P/s Entri sengal macam selalu .

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Sunday 26 June 2011

Peliknya Huruf H

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .




Harini aku nak cita sikit pasal "PELIKNYA HURUF H" .
So , apa yang peliknya huruf H ni ?
Hurmm , tak tahu la aku sorang je ke yang perasan atau ramai orang dah perasan yang huruf H tak diperlukan ketika menggunakan short-form . Hehe .
Tak percaya ? Ok , meh aku tunjuk .
Hantu = Antu . Harimau = Arimau . Halia = Alia . Hari = Ari . nampak ?
Hehehe , itu saja entri sengal untuk harini , bwahahahaha .



P/s Kan aku cakap , aku bosan :D

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Hebat ke blog ni ?

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


ok , nampak kan ? kalau tak nampak click la kat gambar tu .
Ada yang tanya aku "Kenapa entri kau yg hebat tak dapat sambutan?" .
Ok , jawapannya senang je .
Sudah confirm lah blog aku tak hebat .
Tengok lah followers ~ .
Tak sampai 100 pun , haha .
Aku tak kesah pasal followers .
Nak follow , follow . Tak nak sudah .
Yang paling penting bagi aku , readers-readers aku semua dapat manfaat bila baca belog aku . :))
Apa guna kejar populariti ?

P/s Sayang Hang Lah Mimie ! :D

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Friday 24 June 2011

Sedangkan Gagak Sayangkan Anaknya .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak buat entri ni .
Kenapa la manusia sanggup buang bayi semua merata-rata .
Contoh yang paling baru yang aku belajar ialah "GAGAK" .
Baru-baru ni abang aku keluar jalan-jalan .

Pastu dia nampak la seekor anak gagak ,
dia punya sayap patah , abang aku baru je tengok .

Tiba-tiba ada mak gagak datang serang abang aku .
Siapa je yang lalu jalan tuh , mak dia akan serang .


So , apa motifnya aku cerita benda ni ?
Fikirkan balik cara haiwan kahwin .
Haiwan kahwin takde gune cincin , takde wang hantaran .
Kira macam kahwin tak rasmi la senang cita kan .

Tapi kenapa dia boleh jaga anak dia sampai macam tu ?
Kenapa haiwan masih bole kenal erti kasih sayang ?
Kenapa tidak manusia ?



Kau fikirlah ~ .

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

MELAYU BOLEH !!

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Wahh , tajuk agak gempak , haha .
Kepada yang faham tuh , faham-faham je la apa maksud entri ni hehe .


Yeahh , hari ni aku nak cita sikit pasal melayu boleh ni .
Semalam lepas je aku training floorball , aku rehat la sat . Maklum la penat

Pastu fon member aku bunyi , aku panggil la dia ,
Kat tepi tu pulak ada sorang cina .
Member aku pun lepas habis je cakap fon .
Terus cina tu cakap "You orang melayu semua cakap dengan ibubapa banyak sopan la" .
Perghh , nampak tak apa yang hebatnya ?
Sedangkan cina boleh puji orang melayu .
Kenapa tidak kita ?
Kenapa pemikiran semakin sempit ?
Tanamkanlah sikap hormat menghormati sesama kaum ni .
Otak mau 'open' bai .
Lagi pun aku memang benci rasict ni .
Tak tau la apa yang seronok mainkan agama orang ni .

P/s MELAYU BOLEH !!!
Mesti ada yang pikir lain :DD

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Sunday 19 June 2011

Header Baru .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Ok , header baru sudah siap ,
tapi bukan aku la yang buat ,
sedara aku yang buat .
walaupun header tak seberapa , tapi aku berterima kasih sangat-sangat dekat dia .


walaupun tak sama macam yang aku jangka , walaupun tak sehebat wanhazel .
Aku tetap berterima kasih . hee :D

Moral of the story : Indah khabar dari rupa . :D Harap-harap dia tak faham

Credit To : Mimie


βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Nak Header Baru !!!

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Nak header baru !! , :(( .
aku rasa macam nak buat header baru ja ,

sebab aku benci dengan header sekarang ni .
tambah-tambah ada muka laki tu , naik meluat aku tengok.  :))
TAPI , masalahnya photoscape aku sudah hilang .
Aku tanpa photoscape = SERABOT

Ada tak siapa-siapa yang nak tolong aku buat header ?
Huhuh , perlukan sangat-sangat .
Ok tu saja ,

P/s posting bosan .

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Saturday 18 June 2011

Anda Normal Atau Tidak ?


Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .



Nak test tak anda normal atau tidak ?
Jom Semak ;)



Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”
Cerita 2 
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”
Cerita 3 
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.
Cerita 4 
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.
Cerita 5 
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.
Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukannya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks…. jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..

Credit to : Darxniq

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Patut ke SKMM block File Sharing ?

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .






Patut ke SKMM blog File Sharing ? Hmm ,
Bagi aku la memang tak patut .

SKMM block file sharing dengan niat nak menghalang 'hackers' dekat dunia ni .
Tapi bila diorang sudah block file sharing , secara automatiknya orang akan marah .
Yelah , sapa yang tak marah kalau laptop korang tak boleh download ? .
Macam mana nak buat kerja semua ? Dunia cyber sekarang kan banyak mengunakan

download-download ni . Tak kan la senang-senang je diorang nak block .
Dan secara automatiknya lagi la timbul 1 fan page dekat FB yang di beri nama
1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website .
Page tu dah dapat 30K padahal baru je berapa hari diorang buat .
So , bila dah SKMM buat macam tu , bertambah ramai lagi la yang mem-promote server hack yang lain .
Dan sekarang kerajaan di godam dan lebih daripada 90 website kerajaan di godam si 'hackers' 




Aku pun dah benci dengan SKMM , memang tak patut la diorang buat macam tu ,
dan sekarang aku lebih suka dengan "Anonymous" .
Thanx to Anonymous sebab dah hack . Dia memang berani , dan sekarang kerajaan tengah buat siasatan pasal dia .
Tapi aku rasa ramai yang suka Anonymous ni daripada SKMM , hihi :P .
Tindakan dia sungguh bijak , tapi akan membahayakan diri dia la .

Siapa yang tak bengang kan kalau SKMM block file tu ?
Memang padan sangat la , kerajaan pun bukan nak kaji dulu main block je .

Kita ada 8 Hak di Malaysia :
  • Hak Mendapat Keperluan Asas
  • Hak Menikmati Alam Sekitar yang Bersih
  • Hak Membuat Pilihan
  • Hak Mendapat Maklumat
  • Hak Mendapat Pendidikan Kepenggunaan
  • Hak Mendapat Ganti Rugi
  • Hak Mendapat Keselamatan
  • Hak Bersuara
Bukankah Malaysia ada hak bersuara untuk mendapatkan balik file sharing tu ?
Apa sudah jadi kepada sistem di Malaysia ? Tepuk dada tanyalah hati ke jantung ke ,
kot kot la diorang jawab . :)
Akhir kata .
 



βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Friday 17 June 2011

Lama Tak Update !

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Mintak maaf ye , lama gila tak update blog ,
Dah berabuk dah blog ni . Salahkan tuan 
busy memanjang huhu ,
dan sekarang aku tengah berkecimpung dalam dunia page .
Alarhh , page dekat FB tuh la ~ ,
Maklum la , aku kan gile glam bwahahaha .
Dulu sedara aku nanti marah bila aku tak update blog haha ,

dia peminat setia blog ni tau :D
OK tu saja , sory semua .



P/s Posting bosan

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Saturday 11 June 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


wahh , lama tak update blog , dah berabuk dah blog ni .
Tapi ada jugak yang cakap blog ni kacak haha , *bangga


harini nak share lagu baru maher zain ,
actually lagu lama cuma versi baru .
Lagu yang di tempekkan namanya "SEPANJANG HIDUP" .
Jom tengok haha , makcik-makcik pun sampai nangis tengok dia nyanyi haha .

Over la pulok . :P

kalo rajin tu komen lerr skali ye . busan pulak rasanya haha . k bye 

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Thursday 9 June 2011

Jom Uji Berapa Merdu Nama Anda !

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Anda mau rockk ? hehe .
Ok , korang nak test tak bertapa merdunya nama korang ?
Ok , jom test . TAPI untuk harini je boleh , 
esok dah tak boleh , so sapa yang baca entri ni harini ,
dapat la rasa macam mana merdu nama korang , hihi .
First step : pergi ke goolgle .
Dan ada akan nampak macam ni .
Haha , ok , kat situ nanti ada 1 button bentuk keyboard kaler hitam tuh .
Korang tekan , dia akan bertukar jadi kaler merah ,
pastu korang taip lah nama korang dekat keyboard .
Haha , release tension jugak la buat bende ni . hehe .


Screenshot By : Mimie

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

FB Share Dan Like : Macam Tipu Je .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .


Aku percaya 90% blogger mesti ada button "FB Like" dengan "FB Share" kan ?
Kalau pergi mana-mana blog pun aku rasa mesti ada punya lah , tambah-tambah yang Like punya .
So , dekat sini aku nak bocorkan sikit 1 rahsia , JENG JENG JENG . http://matcuoi.com



:FB LIKE:
Fist First time aku letak "FB Like" pun aku dah nampak ada yang tak kena .
So aku pun tanya lah sedara aku si Mimie ni .
Sebab 
aku letak-letak je terus aku refresh dah ada 40 orang like . Tak ke pelik ? http://matcuoi.com

aku pun tanya dia "ehh , knpa aku ltak je trus2x ada 40 org like?" .
Then dia pun jwb "larh biasa la tuh , kn rmai yg dtg blog kau" .
Tapi aku tak rasalah seramai tuh .
Padahal aku baru letak ja . Dan takkan la sekali refresh je dah boleh naik sampai 40 ? Hurrmm http://matcuoi.com 

So , memang aku rasa ada benda yang tak betul . Bagi aku lah .

:FB SHARE:

Ok , dan kenapa aku rasa button FB Share ni menipu ?
Sebab bila aku tengok atikel Lagu Dajjal tu . 
Aku heran lah kan . Followers aku baru je 2Digit .
Tapi yang share dengan like dah sampai 3Digit . http://matcuoi.com

Aku ni blogger baru . Bukannya blogger veteran sampai macam tuh .
Lagi pun blog aku bukannya famous pun .
Tak pernah lagi la traffic dalam blog aku pecah .
Yelah , sapelah aku kan . Ambik simpati

So , bagi aku FB Like dan share ni aku agak ragu-ragu lah .
Terpulang la korang nak percaya ke tak ye .

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Freerun : Do It Kartel Style .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .




Harini aku heppy pulak tiba-tiba lepas tengok video ni .
maklumlah , aku minat parkour ni .
bila tengok video ni . 1 benda je yang terlintas kat kepala otak aku ni .
ayat yang berbunyi "Maju dah Malaysia" :))) .
aku suka tengok Malaysia maju ,
cuma ada sesetengah tu je yang tak open-minded sikit .
Itu saja malam ni . Fuhh , mau kene penyepak aku dengan ayah aku ,
online lama harini , hehe .

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Wednesday 8 June 2011

Diddy Dirty Money - Im Coming Home Dan Dajjal .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .

Selamat Pagi , ehh dah petang hehe .
Ok , harini aku nak share something yang boleh bagi manfaat kepada orang .
Baca jangan tak baca , hehe . Just nak share tentang DAJJAL SONG .
Yeah , mula-mula aku pun tak perasaan ,
Aku dapat benda ni pun dari kawan aku , tapi bukan copy 100% ye .
Aku copy tambah dengan kajian aku sendiri hihi , tuh yang best .
Dan aku tengok bukan dia ja yang buat entri tu , ramai lagi ,
So , demi Islam tak salah kan nak share ? :D
Lets Get It Started ! .


ohh , Terlupa pulak , sebelum mula kena la dengar dulu lagu ni ye .


Ok , baru leh mula . Padang pasir ialah subjek utama .
ketika dajjal datang , dia akan datang bersama hujan .
Ketika itulah orang kafir akan gembira terloncat-loncat mengagungkan tuhannya .
Perasan tak dekat minit 0:32 ? Waktu Diddy tengah jalan dan dia sebut "Im Back where I belong, yeah I never felt so strong I feel like there’s nothing that I can’t try , and If you with me put your hand high"
Faham tak maksud dia ? Dia dah kembali , siapa ? DA**AL .
Dan perkataan "If you with me put your hand high" tuh apa maksud ? Macam yang aku cakap tadi , orang kafir akan gembira mengagungkan tuhannya .
Jadi jika kita bersamanya angkat lah tangan :D .

0:54 "I hear “The Tears of a Clown” . Tears of a Clown dalam video merujuk kepada lagu . Dia dengar tangisan 'Badut' . So ? . Badut juga di umpamakan seperti "Orang Bodoh" . Kenapa bodoh ? Sebab telah terperdaya dengan FITNAH-nya .

Dan minit ke 1:02 . Nampak tak barang-barang yang ada tuh ?
Semuanya akan rosak , tapi kenapa ?
Ini kerana dajjal yang akan turun , jadi apabila dajjal turun ,
kerosakkan akan berlaku .

Minit ke 1:41 2 orang pompuan sedang menyeru dajjal untuk turun .
2:17 "and money can’t make up for it or conceal it but you deal with it and you keep ballin’ pour out some liquor, 'play ball' and we keep ballin’faham tak maksudnya ? Meh chek terang satu-satu noh .
MONEY CAN'T MAKE UP FOR IT OR CONCEAL IT = Duit tak boleh 'Make up' untuk tu dan tak dapat menyembunyikan .
But you deal with it = Tapi kau sudah berjanji (kata pengikut dajjal)
Keep ballin' = Selalu menang *Ballin' adalah bahasa 'canggih' yang digunakan pemain basketball yang membawa maksud "MENANG" 
Play ball = Bola disini membawa erti "Bumi" . Play Ball membawa erti "Permainan bumi/dunia .
We keep ballin' = Kita sentiasa menang .
Ok , dah malas dah nak cakap banyak , korang tengoklah lirik dekat bawah ni ye .
nanti faham lerr tuh . :D

Chorus :
I’m coming home
I’m coming home
( Dajjal beritahu kita bahawa dia akan balik ke rumahnya yang digelar BUMI )
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday 
( Dajjal akan datang membawa hujan )
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
..................................................................
Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high 
( Pengikut Dajjal akan bergembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you
.................................................................
Another lie that I carry on 
( Dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar ) INFO
I need to get back to the place I belong
( Place That I Belong ? Bumi lah )
.................................................................
What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
( Semasa Dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh Al-Jasassah)
Al-Jasassah tuh apa ? Klik SINI
Another night the inevitible prolongs
.................................................................
But we’ve been living as friends
( Dajjal anggap kita sebagai kawan ) *PENIPU
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home
( Kita menjemput Dajjal ke bumi )
.................................................................
“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings 
( Dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 hari bagaikan setahun , 1 hari bagaikan sebulan , 1 hari bagaikan seminggu dan seperti hari biasa )
Lot of fights, lot of scars
.................................................................
Kita tahu nyanyi je ,
dan jangan ingat senang-senang kafir boleh tipu kita ,
kerana sesungguhnya perancangan Allah lebih sempurna
dari rancangan jahat kafir laknat .
Sedarkah kita dengan penipuan dunia ?
SEBARKAN !!

Artikel Asal : Waniey Hamzah

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Tuesday 7 June 2011

Cik Kacak Bagi Award ! Pelik La Pulak

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .



haha , kadang-kadang tak betul jugak cik kacak ni ,
sampai nak bagi award haha ,
penah ke tengok blogger macam ni ? Erm , untuk aku tak laa , haha .
gila punya budak ,
itu saja , jom singgah blog cik kacak di
..................
hehe , padan muka , *tak iklas


βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи

Tanya Sama Pokok ?

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .






tersesat malu bertanya

tak tahu tak tahu kemana
terlalu bnyk alasannya
duk terdiam
menyusur dikaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
tersentuh hati bagai luruh

tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
terbang burung terbang patah sayap diduga
seandainya rebah kau masih ada

terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
terlalu bnyk alasannya
duduk terdiam
tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh

tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
terbang burung terbang patah sayap diduga
seandainya rebah kau masih ada ,,

nanana.. nananana..
nanana.. nananana..

kau masih ada..
kau masih ada..
kau masih ada..
kau masih adaaaaa...... ooooooooo!

terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
terlalu bnyk alasannya
duduk terdiam
tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh

tanya sama pokok......





Haha , actually kawan aku dulu ada bagi aku lagu ni .
Tapi first time aku dengar tak lah best sangat .
Tapi tadi aku bukak blog Cik Kacak
Tiba-tiba dengar pulak lagu Pokok tuh .
Dah alang-alang tengah play . Malas pulak nak stop button tu .
Dengar lama-lama . Best lah pulak haha .
Itu saja ,
Akhir kata ,
Entri bosan , kekekeke :P

βɛявɛℓσɢ Ƭαиρα Ƥɛяαƨααи